Jumaat, 5 November 2010

Bencana Alam di Serata Dunia

PENGERTIAN BENCANA ALAM

Bencana alam ialah bencana yang diakibatkan oleh peristiwa atau serangkaian peristiwa yang disebabkan oleh alam antara lain berupa gempa bumi, tsunami, gunung berapi meletus, banjir, angin taufan dan tanah runtuh.
(sumber:http://kangnawar.com/bencana/pengertian-dan-istilah-istilah-bencana-alam)

JENIS-JENIS BENCANA ALAM

TAUFAN ATAU RIBUT TAUFAN
Taufan ialah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap. Taufan dinamakan siklon tropika kerana taufan serupa dengan siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara. Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara. Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Wily Willies di Australia.
( diubahsuai daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Taufan dan http:/pmr.penerangan.gov.my )

EL NINO
El Nino ialah pemanasan abnormal dari permukaan air laut di Pasifik tropika timur merupakan satu daripada bahgian yang disebut sebagai ayunan Selatan. Ayunan Selatan (Southern Oscillation) adalah melihat peta permukaan hawa membalikkan tekanan antara barat tropika dan timur Pasifik pada saat permukaan tekanan tinggi di Pasifik troika timur rendah di Pasifik barat tropika dan sebaliknya.

SIKLON TROPIKA
Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, siklon tropika dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.
Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:
  • Lekukan Tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj
  • Taufan – Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118kmpj atau lebih
  • Ribut Tropika – Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 – 117kmpj
JEREBU
Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
  • Pembakaran terbuka
  • Pembukaan tanah
  • Penggunaan kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api industri
TANAH RUNTUH
Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.


Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak


Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :
  • di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
  • di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai


Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :
  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
BANJIR
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan atau tempat yang luas.

TSUNAMI
Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’. Tsunami merupakan perkataan daripada bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave).  Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.
Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.

GEMPA BUMI
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

RIBUT PETIR
Ribut petir adalah satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt-jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.
Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir.

Terdapat 4 jenis ribut petir, yang diklasifikasikan mengikut kadar ketidakstabilan atmosfera serta penghasilan angin ricih seperti berikut:-
  • Sel tunggal - Ribut petir yang paling banyak berlaku, tidak menghasilkan angin ricih kencang serta kebanyakannya bertahan dalam masa kurang daripada sejam selepas penghasilan kilat yang pertama. Angin kencang tidak terhasil kerana naik-turun udara panas dan sejuk berlaku di tempat yang sama.
  • Berbilang sel - Beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya, terdapat 2 zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft} dan zon udara sejuk turun (downdraft). Akibatnya, angin ricih yang kencang mula dihasilkan. Hujan yang turun juga tidak seragam, dengan terdapat bahagian yang menghasilkan hujan lebat tetapi terdapat juga bahagian yang tidak menghasilkan hujan.
  • Garis badai - Garis badai terbentuk apabila kelompok-kelompok awan ribut petir berkumpul dan membentuk satu garisan.
  • Supersel - Supersel adalah jenis ribut petir yang sangat besar, berkemungkinan menghasilkan angin puting beliung yang dahsyat (kategori F3 ke atas) serta menghasilkan angin kencang melebihi 130 km/j, di samping menghasilkan hujan air batu berdiameter besar serta banjir kilat.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA BENCANA ALAM

TAUFAN ATAU RIBUT TROPIKA
Angin yang membawa taufan

Taufan atau ribut tropika yang berlaku pada masa sekarang berkait rapat dengan kenaikan suhu laut akibat daripada pemanasan global berdasarkan kajian Peter Webster dari Institut Geologi Georgia, Amerika Syarikat. Manakala menurut sainstis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat mengatakan 50% peningkatan taufan dan ribut pada masa ini adalah akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti penebangan hutan dan sebagainya.


EL NINO
Punca berlakunya El Nino ialah berkemungkinan disebabkan oleh pemanasan suhu permukaan laut.

SIKLON TROPIKA
Pembentukan siklon tropika boleh diklasifikasikan oleh beberapa faktor iaitu suhu yang tinggi di permukaan laut, kelengasan dan corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkar ke dalam.
Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam atmosfera. Mata siklon berdiameter antara 30-100 kilometer merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada taufan merupakan salah satu bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan. 
 
JEREBU
Jerebu berlaku akibat daripada pembakaran hutan secara besar-besaran. Contohnya, jerebu yang berlaku di Malaysia pada 2006 disebabkan pembakaran hutan secara besar-besaran di Kalimantan, Indonesia. Selain itu, jerebu berlaku akibat daripada pembakaran hutan yang tidak terkawal. pembakaran hutan yang tidak terkawal di Kalimantan, contohnya, telah menyebabkan asap dari sana merebak ke semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

TANAH RUNTUH
Kejadian tanah runtuh boleh dikelaskan kepada beberapa faktor iaitu faktor alam dan faktor manusia.

Faktor alam:
Tanah runtuh yang disebabkan faktor alam ialah berdasarkan jenis bahan dan ketebalan tanih, geomorfologi serta pemendakan tanih.

Faktor manusia:
Tanah runtuh yang disebabkan faktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak cerun yang terlalu berat, pengubahsuaian saliran, pemotongan cerun dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.
Kejadian tanah runtuh boleh dihuraikan:
Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:

Berlakunya luluhawa hakisan (erosion) oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan tebing atau cerun yang curam dan lebih terdedah kepada permukaan luluhawa.
Penarahan bukit dan penebangan pokok hutan oleh aktiviti manusia juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang lebih teruk pada cerun. Tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanah


Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
Gempa bumi (earthquakes) yang menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagi
Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur yang banyak dan boleh memasuki sungai-sungai atau tasik
Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh juga mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.


Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh


Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan.

BANJIR
Antara faktor berlakunya banjir ialah:
    1. Hujan yang berterusan. ~Keadaan hujan yang tidak henti-henti di sesebuah kawasan boleh         menyebabkan banjir. Hal ini boleh berlaku terutamanya di kawasan yang rendah. Hujan yang berterusan akan menyebabkan sungai tidak dapat menampung air dalam jumlah yang banyak sehingga mengakibatkannya mengalir ke kawasan rendah.
    2. Proses pembandaran. ~ Proses pembandaran yang berlaku dengan pesat menyebabkan kawasan-kawasan tanah rendah ditebus guna melalui pengambilan tanah dari kawasan bukit. Ada di antara anak sungai ditebus guna menjadi kawasan petempatan. keadaan ini mengakibatkan saliran-saliran sungai menjadi sempit seterusnya menyebabkan air sungai melimpah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
    3. Hakisan sungai. ~ Hakisan sungai kebanyakannya berlaku akibat daripada penebangan hutan. Hal ini disebabkan, apabila penebangan hutan berlaku, penahan hakisan tanah semula jadi tidak dapat menahan air hujan yang mengalir kerana telah digondolkan. Keadaan ini menyebabkan sungai tidak dapat menampung air yang banyak kerana turut menampung mendakan tanah yang mengalir bersama air hujan dari bukit.
    4. Sistem perparitan yang tidak terancang. Masalah banjir yang sering melanda bandar  disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
TSUNAMI
Antara faktor berlakunya tsunami ialah gempa bumi, letusan gunung berapi dan jatuhnya asteroid ke tengah lautan. Kejadian tsunami yang berlaku akibat daripada gempa bumi dikatakan sering berlaku di kawasan yang terbenam atau subduction zones. 
    Tsunami berlaku apabila pergerakan kepingan kerak bumi terbenam ke dasar. Pergerakannya tersekat-sekat sebelum berlakunya gelinciran. pergerakan kerak bumi akan menghasilkan tenaga dan tenaga akan tertolak ke atas sehingga menyebabkan gempa bumi di dasar laut.Biasanya, kekuatan tenaga yang tertolak ke atas dari kerak bumi bergantungkepada sejauh mana kuatnya pergerakan plat yang berlaku. Mengikut teori seismologi, tenaga akan tertolak ke atas apabilaberlaku sesuatu pergerakan, pergeseran atau pertembungan
    antara plat di bawah lapisan kerak bumi sehingga menyebabkan gempa bumi sama ada di bawah atau di atas paras laut. Selepas gempa bumi berlaku, air yang tertolak akanmembentuk gelombang dan tsunami pun terhasil. Apabila tsunami sampai ke pantai, tsunami akan bergerak perlahan kerana keadaan dasar laut di tepi pantai yang agak cetek. 

    Walaupun bergerak perlahan, namun tsunami diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian gelombang. Ombak tsunami tersebut akan terhimpit antara satu sama lain. Tsunami yang terjadi seolah-olah 'tersedut' sehingga menyebabkan air laut surut dan ikan-ikan akan tertinggal di daratan. 


     

    GEMPA BUMI
    Gempa bumi terhasil oleh proses alam semula jadi secara mengejut seperti letusan gunung berapi, pergerakan kerak bumi dan hentaman meteor. walau bagaimanapun, kebanyakan gempa bumi terjadi kerana pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh masa yang panjang di kerak bumi. Tekanan yang terjadi berpunca daripada pergerakan plak tetonik sepanjang garisan rekahan dan lantunan glasier yang dikenali sebagai 'isostatic'.

    Kerak bumi juga boleh membengkok dan melipat. Semasa proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang dan menegak, pergerakan ini dinamakan 'faulting'. 'Faulting' boleh berlaku pada skala kecil atau besar. 'Faulting' pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan begitu ketara di permukaan bumi.

    Lantunan 'lisostatic' juga merupakan satu daripada punca gempa bumi. Hal ini merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih oleh lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau teralih. Pergerakan ini akan terus berlaku dan menyebabkan berlakunya gempa bumi sehigga tekanan sekata tercapai di kerak bumi.

    Gempa bumi juga boleh berlaku akibat daripada perbuatan manusia sendiri seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isi padu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi terhasil pada lapisan permukaan bumi di dasar empangan. Hal ini juga akan menyebabkan lantunan 'lisostatic' berlaku seterusnya terjadilah gempa bumi sehinggalah tekanan yang sekata di kerak bumi tercapai.

    RIBUT PETIR
    Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil. Awan kumulus terbentuk apabila udara panas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap. Awan tersebut berkembang secara sisi dan tegak sehingga menjadi awan padat yang lebih besar disebut sbagai awan kumunolimbus dengan golakan kuat di dalamnya serta aliran yang kuat keluar di bawah dasarnya.  Awan ribut petir yang matang biasanya mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 hingga 5 kilometer. Ketinggian awan ini melebihi 10 kilometer. Awan ini juga boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
    Purata jangka hayat ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, jangka hayatnya lebih lama. Ribut petir berpotensi menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung-menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh masa yang panjang.

    KESAN BERLAKUNYA BENCANA ALAM

    TAUFAN ATAU RIBUT TAUFAN
    Taufan yang berlaku di tengah-tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar. Hal ini menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal. Kesan taufan di daratan pula ialah angin kencang taufan boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda serta menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga boleh mengakibatkan banjir besar. Sejak dua kurun yang lalu, taufan telah mengakibatkan kematian lebih kurang 1.9 juta orang di seluruh dunia. 
      
    EL NINO
    Terdapat dua  kategori kesan El Nino iaitu kesan terhadap persekitaran dan kesan terhadap manusia.
    Kesan El Nino terhadap persekitaran antaranya ialah sumber bekalan air semula jadi berkurangan, peningkatan suhu global, kemarau, jerebu, dan pencemaran alam sekitar akibat kebakaran hutan serta semak belukar yang sukar dikawal disebabkan "kawasan panas" atau "hot spot".
    Kesan El Nino terhadap manusia pula antaranya ialah mengalami sakit atau pening kepala, kandungan air dalam badan berkurangan, badan cepat letih, demam, batuk, selesema dan sesak nafas.

    SIKLON TROPIKA
    Kesan siklon tropika adalah sama seperti taufan. Siklon tropika membawa angin kencang serta menyebabkan hujan lebat dan ombak besar. Aktiviti di laut lebih berbahaya apabila siklon tropika berlaku. Di darat pula, banjir besar dan angin kencang boleh berlaku serta membawa kerosakan. Siklon tropika juga boleh meragut nyawa manusia serta binatang.


    JEREBU
    Jerebu akan membawa kesan terhadap penglihatan manusia. penglihatan manusia akan menjadi kabur ekoran asap tebal. Sistem pernafasan manusia akan terjejas akibat jerebu kerana sesak nafas. Manusia juga akan mengalami demam, batuk dan selesema. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan aktiviti seharian manusia. Persekitaran juga menjadi kotor dan tidak bersih.


    TANAH RUNTUH
    Tanah runtuh boleh mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara. Hal ini disebabkan kerajaan akan menanggung kerugian berjuta-juta mahupun bilion ringgit. Tanah runtuh juga boleh menyebabkan kemusnahan infrastruktur. Banyak bangunan akan musnah dan melumpuhkan aktiviti seharian manusia. Selain itu, kesan lain ialah kehilangan nyawa manusia. Seperti yang terjadi di Bukit Antarabangsa pada tahun 2008, banyak nyawa yang terkorban akibat tanah runtuh. tanah runtuh juga boleh menyebabkan perubahan landskap di muka bumi. Hal ini disebabkan, tanah runtuh akan menjadikan bukit seperti digondolkan dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bukit mahupun gunung musnah.


    BANJIR
    Banjir boleh menyebabkan:
    Kemusnahan Tanam-tanaman
    Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
     
    Kemusnahan Harta Benda
    Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
     
    Penyakit
    Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
     
    Kematian
    Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
     
    Kerugian Kerajaan
    Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
    Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.
    TSUNAMI 
    Tsunami boleh menyebabkan kehilangan banyak nyawa manusia. Pada 26 Disember 2004, banyak nyawa telah terkorban di beberapa buah negara di Asia, termasuklah Malaysia. Kesan tsunami yang lain ialah kemusnahan infrastruktur dan harta benda. Kerajaan juga turut menanggung kerugian yang sangat banyak seperti yang berlaku pada 26 disember 2004 yang lalu. 

    GEMPA BUMI
    Gegaran bukan sahaja punca kepada kematian dan kemusnahan dalam gempa bumi tetapi ia melibatkan banyak perubahan geosekitaran. antaranya ialah gegaran, retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh, kebakaran, tsunami dan perubahan rupa bentuk rantau.
    RIBUT PETIR
    Kebiasaannya, ribut petir boleh menyebabkan angin kencang melanda di kawasan yang mengalaminya. Petir yang terhasilkan boleh menyebabkan kematian jika tiada langkah berjaga-jaga. Ribut petir juga boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan infrastruktur. Petir akan menyebabkan renjatan elektrik pada bahan-bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

    LANGKAH-LANGKAH MENANGANI BENCANA ALAM

    Bencana alam yang berlaku pada masa ini hendaklah di atasi dengan segera. Hal ini disebabkan keadaan dunia menjadi semakin teruk akibat bencana alam. Kemusnahan berada di mana-mana. Oleh itu, sebagai manusia, kita hendaklah prihatin terhadap alam ini. Kebiasaannya, bencana alam yang berlaku akibat daripada perbuatan manusia dan merupakan punca utama bencana alam. Aktiviti dijalankan manusia bagi tujuan pembangunan dan pemodenan yang sangat kerap akan menyebabkan perubahan ekosistem. Pemanasan global yang berlaku adalah disebabkan aktiviti manusia sendiri. Manusia yang bertanggugjawab hendaklah mengurangkan kegiatan yang boleh memusnahkan alam sekitar seperti aktiviti pembalakan, perindustrian dan penerokaan hutan untuk pertanian.


    Hutan yang gondol akibat diteroka hendaklah ditanam semula tumbuh-tumbuhan supaya kejadian tanah runtuh tidak berlaku. Hutan yang gondol juga boleh menyebabkan pemanasan global kerana permukaan bumi kehilangan pelindung matahari semula jadinya. Akibat daripada pemanasan global, terjadilah jerebu, taufan, El Nino dan ribut petir.


    Pembangunan yang pesat juga akan menyebabkan dunia mengalami ketidakseimbangan ekosistem. Hal ini boleh menyebabkan ketidakstabilan suhu dunia di samping mengakibatkan bencana alam. Gegaran akibat pembinaan petempatan atau penggalian bahan mentah akanmenyebabkan kerak bumi mengalami gangguan sehingga menyebabkan gegaran di kawasan sekitar.


    Oleh itu, kita mestilah sedar bahawa alam ini memerlukan perlindungan daripada manusia. Apabila manusia melindungi alam sekitar, bencana alam yang begitu kerap tidak akan berlaku. Semua pihak tidak kira kerajjan atau rakyat biasa hendaklah mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab menjaga alam ini.